Jared Kushner

Jared Kushner
Jared Kushner pada tahun 2018
Penasihat Kanan Presiden Amerika Syarika
Dalam jawatan
20 Januari 2017 – 20 Januari 2021
PresidenDonald Trump
Didahului olehValerie Jarrett, Brian Deese, Shailagh Murray
Digantikan olehAnita Babbitt Dunn
Pengarah Pejabat Inovasi Amerika Syarikat
Dalam jawatan
27 Mac 2017 – 20 Januari 2021
PresidenDonald Trump
Didahului oleh(Jawatan diciptakan)
Digantikan oleh(Jawatan dihapuskan)
Maklumat peribadi
Lahir
Jared Corey Kushner

(1981-01-10) 10 Januari 1981
Livingston, New Jersey, AS
Kewarganegaraan Amerika Syarikat
PasanganIvanka Trump (kahwin 2009)
Anak03
Ibu bapa
  • Charles Kushner (bapa)
  • Seryl Stadtmauer (ibu)
SaudaraJoshua Kushner (adik lelaki)
Pendidikan
PekerjaanAhli perniagaan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "family"

Jared Corey Kushner (lahir 10 Januari 1981) merupakan seorang pelabur, pemaju hartanah, dan penerbit surat khabar yang kini merupakan penasihat kanan kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump yang juga merupakan bapa mentua beliau.

Kushner merupakan anak sulung kepada pemaju hartanah Charles Kushner dan mengahwini anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump.

Beliau adalah ketua pegawai eksekutif syarikat pegangan dan pembangunan hartanan, Kushner Companies dan Observer Media penerbit kepada New York Observer.

Semasa kempen presiden Trump 2016, Kushner telah membantu dan menjalankan strategi media digital Trump.

Pada 09 Januari 2017, Kushner telah dinamakan sebagai penasihat kanan Rumah Putih. Beliau kemudiannya melepaskan jawatannya sebagai CEO Kushner Companies dan penerbit Observer.

Pada 24 Ogos 2017, Kushner telah melawat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kemudiannya melawati Presiden Palestin Mahmud Abbas. Beliau cuba untuk memulakan semula proses damai di Timur Tengah.

Kushner mengahwini anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump pada tahun 2009. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak.