Djembe

Djembe
Djembe kayu Lenke dari Mali
Alat perkusi
PengelasanAlat perkusi
Lingkungan dimain

65 Hz hingga 1000 Hz

Djembe (bahasa Maninka: ߖߋ߲߰ߓߋ‎) ialah sebuah alat perkusi yang berupa gendang yang diliputi kulit tali dan dimainkan dengan tangan, serta berasal dalam kalangan orang Mandinka dari Afrika Barat. Gendang ini mampu menghasilkan bunyi kuat meskipun berbinaan kecil.

Terdapat persetujuan umum bahawa asal-usul djembe berkaitan dengan golongan tukang besi Mandinka bergelar Numu. Penyebaran alat ini sejajar dengan berkembangnya pengaruh Empayar Mali di rantau ini merangkumi negara-negara moden Guinea, Mali, Burkina Faso, Côte d'Ivoire, Gambia dan Senegal. Alat ini juga lazim dimainkan rakyat jelata di kawasan itu berbanding alat-alat yang hanya dibenarkan sesama penglipur lara khas iaitu jeli. Djembe hanya dikenali dalam kawasan asalnya disebabkan oleh pergerakan terhad penduduk Afrika ke luar kawasan bangsa mereka sendiri.