Griot
Griot ialah seorang yang berperanan sebagai sejarawan, penglipur lara, pemuzik atau penyajak yang wujud dalam kalangan masyarakat serantau Afrika Barat. Mereka pakar dalam penceritaan lisan mengenai tokoh-tokoh hebat atau bersejarah yang wujud dalam pengetahuan atau ingatan masyarakat mereka.