Dingin (lagu Ziana Zain)
| Dingin | ||||
|---|---|---|---|---|
| EP oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 2007 (radio) 4 April 2008 (single) | |||
| Dirakamkan pada | April 2005, April 2006- 30 Januari 2007 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Panjang | 17:23 | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu | |||
| Syarikat | EMI, Sony BMG, Zig Zag Beat | |||
| Penerbit | Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Ajai, Azalea, & Ucu | |||
| Kronologi Ziana Zain | ||||
| ||||
| Single daripada Dingin | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"Dingin" ialah single nyanyian Ziana Zain, yang keluar di corong radio pada akhir tahun 2007. Kemudian dikeluarkan dalam bentuk CD single pada tahun 2008 dengan memuatkan sebuah lagi lagu, Melara Jiwa. Lagu Dingin ciptaan Azlan Abu Hassan dan liriknya oleh Azalea ini pernah dicalonkan dalam kategori Balada dalam Anugerah Juara Lagu, dan Lagu Pop Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik pada tahun 2009. Lagu ini menguji kekuatan vokal Ziana dari julat rendah hingga ke nota tertinggi yang dimilikinya pada masa itu.