Dinasti Trần

Đại Việt
Đại Việt Quốc (大越國)
1225–1400
Peta Dinasti Trần
StatusSistem imperial dalaman sebagai negeri taklukan China
(Dinasti Song 1225–1258)
(Dinasti Yuan 1258–1368)
(Dinasti Ming 1368–1400)
Ibu negaraThăng Long
(1225–1397)

Thanh Hóa (sementara)
(1397–1400)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Cina
Bahasa Vietnam
Agama
Buddhisme (rasmi), Taoisme, Konfusianisme
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 1226–1258
Trần Thái Tông (pertama)
• 1278–1293
Trần Nhân Tông
• 1293–1314
Trần Anh Tông
• 1398–1400
Trần Thiếu Đế (terakhir)
Chanselor 
• 1225
Trần Thủ Độ (pertama)
• 
Trần Quốc Toản
• 
Trần Khánh Dư
• 
Trần Quang Khải
• 1397
Hồ Quý Ly (terakhir)
Era SejarahPascaklasik
• Pertabalan Trần Cảnh
10 Januari 1225
• Regent of Trần Thừa and Trần Thủ Độ
1226
• Serangan Mongol di Vietnam
1258, 1285 dan 1287–88
• Penggulingan Dương Nhật Lễ
1370
• Trần Thiếu Đế serahkan takhta kepada Hồ Quý Ly
22 Mac 1400
Mata wangSyiling (xu), văn
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Lý
Dinasti Hồ
Sekarang sebahagian dariVietnam
China
Laos

Dinasti Trần (Bahasa Vietnam: Nhà Trần; Hán Nôm: 家陳; Hán Việt: , Trần triều) ialah dinasti yang memerintah kawasan Đại Việt dari tahun 1225 hingga 1400. Dinasti ini ditubuhkan melalui pertabalan Trần Thái Tông setelah ayahanda saudaranya, Trần Thủ Độ menggulingkan dinasti sebelumnya, Dinasti Lý dan berkekalan hingga 1400 apabila takhta maharaja terakhir, Thiếu Đế terpaksa diserahkan kepada datuk sebelah bondanya, Hồ Quý Ly, menandakan permulaan Dinasti Hồ.

Dinasti ini dikatakan sebagai zaman keemasan kebudayaan dan bahasa Vietnam. Pada zaman ini, bahan-bahan sastera Chữ Nôm terawal mula dikarya dan bahasa Vietnam digunakan sebagai bahasa rasmi bersama-sama bahasa Cina. Hal ini membawa kepada asas terhadap pembangunan bahasa dan kebudayaan Vietnam.