David Silva

David Silva
Silva bersama Manchester City pada tahun 2017
Maklumat peribadi
Nama penuh David Josué Jiménez Silva
Tarikh lahir (1986-01-08) 8 Januari 1986
Tempat lahir Arguineguín, Sepanyol
Ketinggian 1.73 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 21
Kerjaya remaja
1995–2000 UD San Fernando
2000–2003 Valencia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Valencia B 14 (1)
2004–2010 Valencia 119 (21)
2004–2005 → Eibar (pinjam) 35 (4)
2005–2006Celta (pinjam) 34 (4)
2010– Manchester City 238 (44)
Pasukan kebangsaan
2001–2002 Sepanyol B16 6 (2)
2002–2003 Sepanyol B17 20 (5)
2004–2005 Sepanyol B19 14 (5)
2005 Sepanyol B20 5 (4)
2004–2006 Sepanyol B21 9 (7)
2006– Sepanyol 118 (35)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12:01, 26 Disember 2017 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Disember 2017

David Josué Jiménez Silva (Sebutan Sepanyol: [daˈβið ˈsilβa]; lahir 8 Januari 1986) ialah seorang pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Sepanyol. Silva bermain sebagai pemain tengah serangan tetapi juga boleh bermain sebagai pemain sayap atau penyerang kedua.

Silva menghabiskan enam tahun kerjaya profesionalnya bersama Valencia CF dimana dia bermain dalam lebih daripada 150 perlawanan dan memenangi Copa del Rey pada tahun 2008 sebelum berpindah pada tahun 2010 ke Manchester City. Dia digelar "Merlin" dan "El Mago" oleh rakan sepasukan dan peminat. Sejak menyertai City, Silva telah bermain lebih daripada 300 perlawanan dalam lapan musim. Dia telah memenangi Piala FA, dua Piala Liga dan dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Seorang pemain antarabangsa Sepanyol sejak berumur 20 tahun, dia merupakan salah seorang daripada sebelas pemain Sepanyol yang telah membuat 100 penampilan dan merupakan ahli penting dalam skuad yang memenangi tiga pertandingan antarabangsa berturut-turut — UEFA Euro 2008, Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012.