Piala FA Malaysia

Piala FA Malaysia
Negara Malaysia
Ditubuhkan1990 (1990)
Bilangan pasukan59 (dari 2019)
Piala domestikLiga Juara-Juara AFC
Juara semasa Johor Darul Ta'zim (2024-25)
Kejuaraan terbanyak Selangor
Kedah
(Masing-masing 5 Trofi)
Rakan TVRTM
Astro
Tapak sesawangwww.malaysianfootballleague.com
Musim 2024

Piala FA Malaysia secara rasmi dikenali sebagai Shopee Piala FA atas sebab penajaan dengan syarikat e-dagang Singapura, ialah kejohanan bola sepak kalah mati kebangsaan tahunan di Malaysia. Piala itu mula diadakan pada 1990. Pertandingan itu sebelum ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.

Piala itu dipertandingkan antara kelab dari Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia, Liga M3 Malaysia dan Liga M4 Malaysia. Pusingan awal dan pertama dimainkan antara kelab yang layak dari Liga M3 dan M4. Pemenang mara ke pusingan kedua dan menyertai kelab yang lain.

Pemenang pertandingan dianugerahkan slot untuk bersaing dalam Piala AFC bersama juara Liga Super Malaysia. Pemegang gelaran semasa ialah Kedah, yang memenangi trofi kelima mereka pada edisi 2019.