Dauphin

Dauphin (mua. dauphine) adalah gelaran yang pernah dikurniakan kepada putera mahkota yang mewarisi takhta kerajaan Perancis yakni putera sulung Raja Perancis; gelaran ini ada sejak 1350 hingga 1791 dan 1824 hingga 1830.

Gelaran ini bererti "lumba-lumba" dalam bahasa Perancis sempena lambang haiwan ini pada jata milik pembesar setaraf comte bandar Vienne (yakni Dauphin de Viennois) yang turut dipakai kepada semua pewarisnya turun-temurun sehingga penyerahan hak milik tanah (seigneurie) kepada Raja Philippe VI tahun 1349 dengan syarat gelaran ini juga dipakaikan kepada baginda raja.