Genus tatabahasa
Dalam bidang linguistik, sistem genus tatabahasa merupakan bentuk spesifik bagi sistem kelas kata nama, melibatkan kata nama yang diberikan kategori genus atau "jantina" yang selalunya tidak berkaitan dengan sifat dunia sebenar bagi entiti yang ditandakan oleh kata nama tersebut. Dalam bahasa-bahasa yang mempunyai genus tatabahasa, kebanyakan atau kesemua kata nama secara lahiriahnya mempunyai satu nilai kategori tatabahasa yang dipanggil genus. Biasanya sesuatu bahasa yang mempunyai sistem genus tatabahasa tersebut mempunyai dua hingga tiga genus.
Beberapa pengarang menggunakan istilah "genus tatabahasa" sebagai sinonim kepada "kelas kata nama", menakala beberapa pengarang lain pula menggunakan takrifan berbeza untuk setiap istilah itu. Ramai pengarang lebih memilih "kelas kata nama" apabila tiada satu infleksi dalam sesuatu bahasa itu berkaitan dengan jantina mahupun gender. Menurut satu definisi: "Genus merupakan kelas kata nama yang mencerminkan tingkah laku perkataan berkenaan."
Sistem tersebut dipakai dalam sekitar seperempat bahasa di dunia termasuk bahasa-bahasa Samiah (termasuk bahasa Arab dan bahasa Ibrani) dan bahasa-bahasa Romawi (termasuk bahasa Perancis, bahasa Sepanyol dan bahasa Itali).