Danial Chuer
Danial Chuer | |
|---|---|
| Kelahiran | Danial Chuer bin Hamasiah Samsudin 3 April 2001 |
| Pendidikan | Jurusan Muzik |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, komposer, pelakon, penyampai radio |
| Tahun aktif | 2013–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Aries Music |
| Kegiatan berkaitan | Iman Troye |
Danial Chuer Hamasiah Samsudin (lahir 3 April 2001) ialah seorang penyanyi, komposer muda dan pelakon lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Idola Kecil musim keenam dan Idola Kecil Ultra yang mana beliau berjaya dinobatkan sebagai juara. Selain itu, beliau juga menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga dan Vokal Mania. Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah dinobatkan sebagai naib juara.