Iman Troye
Iman Troye | |
|---|---|
| Kelahiran | Siti Nur Alyssa binti Sahabudin 25 Disember 2002 |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, model, personaliti media |
| Tahun aktif | 2018–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | XO House |
| Kegiatan berkaitan | Naim Daniel, Danial Chuer |
Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye (lahir 25 Disember 2002) merupakan seorang penyanyi, model dan personaliti media Malaysia. Beliau mula meraih pengiktirafan meluas menerusi single sulungnya, "Teman" mempunyai jumlah tontonan di YouTube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3, iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada 2019.