Damansara Jaya
Damansara Jaya | |
|---|---|
Bandar di Petaling Jaya | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | دامنسارا جاي |
| • Bahasa Cina | 白沙罗卫星市 (Ringkas) 白沙羅衛星市 (Tradisional) |
| • Bahasa Tamil | தமஞ்சரா ஜய |
Dari kiri atas: Lot perniagaan di Jalan SS 22/25, lot perniagaan di Jalan SS 22/11, kawasan perumahan di Damansara Jaya dan Universiti Kolej KDU | |
| Nama panggilan: DJ | |
Damansara Jaya Damansara Jaya (Selangor) Damansara Jaya Damansara Jaya (Semenanjung Malaysia) Damansara Jaya Damansara Jaya (Malaysia) | |
| Koordinat: 3.1284°N 101.6184°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Selangor |
| Daerah | Petaling |
| Bandar | Petaling Jaya |
| Ditubuhkan | 1975 |
| Pentadbiran | |
| • Ditadbir oleh | Majlis Bandaraya Petaling Jaya |
| Zon waktu | WPM |
| Poskod | 47400 |
| Pendaftaran kenderaan | B (untuk semua kenderaan kecuali teksi) HB (untuk teksi sahaja) |
| Lokasi Damansara Jaya di Peta Google | |
Damansara Jaya adalah sebuah bandar yang terdiri daripada Seksyen SS22 dan SS22A di bandar raya Petaling Jaya di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di daerah Petaling. Poskod bagi bandar ini ialah 47400. Ia meliputi kawasan yang dianggarkan 1.21 km² (0.467 meter persegi) dan mempunyai anggaran penduduk sebanyak 11,678 penduduk.
Perbandaran ini terdiri daripada hampir 2000 tempat kediaman yang terdiri daripada 1538 unit rumah teres, 179 unit rumah berkembar separuh dan 42 banglo bersama dengan kawasan komersil utama. Atria, yang pada asalnya dikenali sebagai "Gardenia Town Centre" untuk tempoh masa yang singkat, adalah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di pusat kawasan komersial ini.
Damansara Jaya juga merupakan lokasi Kolej KDU (dahulunya dikenali sebagai Kolej Damansara Utama).