Dalam Setiap Sujud
| Dalam Setiap Sujud | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik |
| Pencipta | Mufid Suhaimi (idea asal) |
| Ditulis oleh | Mufid Suhaimi |
| Pengarah | Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Jagalah Diri" oleh Jaclyn Victor |
| Lagu penutup | "Jagalah Diri" oleh Jaclyn Victor |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 14 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Hemanathan Paul (penyelaras) |
| Penerbit | Jalena Rejab |
| Lokasi | Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV9 |
| Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
| Siaran asal | 8 Januari 2013 – 25 Februari 2013 |
Dalam Setiap Sujud ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin dengan idea asal dan skrip oleh Mufid Suhaimi, yang diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Jogjakarta, Indonesia. Dibintangi oleh Fathia Latiff, Azlee Khairi, Keith Foo dan Elfaeza Ul Haq drama ini bersiaran di Slot Ratu TV9 dari 8 Januari 2013 hingga 25 Februari 2013 menggantikan Terlanjur Cinta. Pada tahun 2014, drama ini diulang siar di Slot Samarinda TV3.