Senarai atimaharaja di Jepun
Jepun sepanjang sejarahnya menyaksikan beberapa maharaja turun takhta kerajaannya ketika masih hidup yakni sebagai "atimaharaja" (gelaran dalam bahasa Jepun: 上皇 jōkō singkatan 太上天皇 daijō tennō atau dajō tennō; bahasa Inggeris: Emperor Emeritus); maharaja yang bernasib begini sering menjadi biku. Perkara ini lazim pada zaman Heian dimulakan oleh Maharani Jitō yang mengambil gelaran daijō-tennō pada 697 selepas naiknya anakandanya Putera Karu atau Maharaja Monmu.
Akihito penyandang utama gelaran 上皇 jōkō sejak turun takhta memberi peluang kepada putera baginda Naruhito serta beralihnya kepada zaman Reiwa pada tahun 2019 Masihi; pengurniaan gelaran ini dimaktubkan dalam Perkara ke-3 Akta Khas Undang-Undang Istana Menyentuh Penurunan Takhta Maharaja (Akta No. 63 tahun 29 Heisei).