Atimaharaja

Taishang Huang
Bahasa Cina太上皇

Sepanjang zaman-zaman kerajaan tanah besar China, adanya keadaan pemangku kuasa maharaja yang melepaskan malah turun takhta baginda ketika masih hidup, pemangku ini didudukkan bergelaran "atiutama" atau bahasa Cinanya 太上 (pinyin: tàishàng) lalu boleh dikatakan atimaharaja (raja paling besar, 太上皇 Tàishàng Huáng). Pengedudukan ini tersebut mula-mula dikurniakan Maharaja Shi dari wangsa Qin kepada ayahandanya Raja Zhuangxiang yang sudah mangkat.

Perkara sama turut diterapkan Korea dari zaman kerajaan Goguryeo semasa penurunan Raja Chungnyeol (dalam bahasa Korea: 태상황 taesanghwang) untuk anakandanya Chungseon serta di Jepun sejak penurunan Maharani Jitō untuk anakandanya Monmu (gelaran dalam bahasa Jepun: 太上天皇 Daijō Tennō).