Dabkah
Dabkah (Arab: دبكة, juga dieja sebagai dabke atau dabka, majmuk Dabkaat) ialah sebuah tarian tradisional dalam kalangan orang Arab di kawasan Levant, Timur Tengah. Tarian ini lazimnya dimainkan dalam upacara perkahwinan serta sebarang upacara yang berunsur kegembiraan. Asal istilah dabkah adalah tidak jelas, tetapi dipercayai berasal daripada istilah dabaka (Arab: دبكة) yang bererti 'menghentak kaki' atau 'membuat bising'.
Variasi tarian dabkah boleh ditemui di Palestin, Jordan, Lubnan, Syria, Iraq, Yaman dan utara Arab Saudi. Sekitar sekurang-kurangnya 20 jenis tarian dabkah telah dikenal pasti di kawasan Levant. Muzik dabkah lazimnya terdiri daripada peralatan muzik tradisional seperti oud, tablah dan daf.