Oud
Oud (Arab: عود ʿūd, kata jamak: أعواد a'wād; bahasa Assyria: ܥܘܕ ūd) ialah alat muzik bertali berbentuk pear yang sering digunakan dalam muzik Afrika Utara (Chaabi, muzik klasik al-Andalus) dan muzik Timur Tengah. Pembinaan oud sama seperti lut, namun mudah dikenali dengan ketiadaan fret dan tengkuk yang lebih kecil.
Ia seleluhur dengan alat lut yang lebih dijumpai di benua Eropah; bahkan boleh dianggap sebagai asas kepada alat gitar yang lebih moden.