Philadelphia Phillies

Philadelphia Phillies
Musim 2025 Philadelphia Phillies
Ditubuhkan pada 1883
Fail:Philadelphia Phillies (2019) logo.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Nombor tidak digunakan
  • 1
  • 14
  • 15
  • 20
  • 32
  • 34
  • 36
  • 42
  • P
  • P
Warna
  • Merah, putih, biru
                  
Nama
  • Philadelphia Phillies (1883–kini)
  • Philadelphia Blue Jays/Phillies (1944–1949)
  • Philadelphia Quakers/Phillies (1883–1889)
Gelaran lain
  • Phils
  • The Fightin' Phils
  • The Fightins
Ballpark
  • Citizens Bank Park (2004–kini)
  • Veterans Stadium (1971–2003)
  • Shibe Park/Connie Mack Stadium (1938–1970)
  • Baker Bowl (1887–1938)
  • Recreation Park (1883–1886)
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (2)
  • 1980
  • 2008
NL Pennant (8)
  • 1915
  • 1950
  • 1980
  • 1983
  • 1993
  • 2008
  • 2009
  • 2022
East Kejuaraan Divisyen (11)
  • 1976
  • 1977
  • 1978
  • 1980
  • 1983
  • 1993
  • 2007
  • 2008
  • 2009
  • 2010
  • 2011
Kemunculan Wild card (1)2022
Pejabat pengurusan
PemilikJohn Middleton
PengurusRob Thomson
Pengurus BesarSam Fuld
Presiden Operasi BesbalDave Dombrowski

Philadelphia Phillies ialah sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Philadelphia, Amerika Syarikat. Phillies bertanding di saingan Major League Baseball (MLB) dengan menjadi anggota National League (NL) East. Sejak tahun 2004, stadium bagi pasukan ini ialah Citizens Bank Park yang terletak di South Philadelphia Sports Complex.

Phillies berjaya merangkul dua kejuaraan Siri Dunia (menewaskan Kansas City Royals pada 1980 dan Tampa Bay Rays pada 2008, lapan pennant National League (kejuaraan sulung pada 1915) dan melakukan 15 penampilan playoff. Sehingga 6 November 2022, pasukan ini telah beraksi sebanyak 21,209 perlawanan dengan memenangi 10,022 perlawaan dan mencatatkan 11,187 kekalahan.

Sejak kejohanan Siri Dunia mula dilangsungkan pada 1903. Phillies telah beraksi sejak penubuhannya pada 1883. Phillies merupakan antara 16 pasukan pragabungan terakhir yang memenangi Siri Dunia iaitu pada 1980. Sejak era divisyen diperkenalkan pada 1969, Phillies muncul sebagai salah satu pasukan MLB paling berjaya apabila menjuarai sebelas gelaran divisyen (termasuk lima kejuaraan berturut-turut dari tahun 2007 hingga 2011), lapan pennant National League dan dua kejuaraan Siri Dunia.

Pasukan ini telah ditubuhkan di Philadelphia pada 1883 bagi menggantikan pasukan dari Worcester, Massachusetts di National League. Pasukan ini beraksi di beberapa buah stadium bermula di Recreation Park (1883–1886) dan seterusnya di Baker Bowl (1887–1938); Shibe Park (dinamakan semula sebagai Connie Mack Stadium pada 1953 sebagai tanda penghargaan jasa pengurus Philadelphia Athletics, Connie Mack) (1938–1970); Veterans Stadium (1971–2003) dan kini Citizens Bank Park (2004–kini).

Walaupun Phillies memiliki sejarah yang panjang dan penyokong yang membara, Phillies dianggap sebagai pasukan yang diasosiasikan dengan kesia-siaan. Phillies merupakan pasukan sukan yang pertama di Amerika yang mencatatkan 10,000 kekalahan. Pasukan ini juga memegang rekod dunia bagi kekalahan terbanyak dialami sesebuah pasukan dalam bidang sukan profesional. Lagipun biarpun memiliki sejarah yang lama, Phillies tetap menjadi salah satu daripada hanya sembilan pasukan yang meraih 10,000 kemenangan dalam sejarah. Pemain third baseman, Mike Schmidt dianggap sebagai pemain terbaik pasukan sepanjang zaman. Menelusuri sejarah pasukan sejak 1883, seramai 33 orang pemain Phillies telah disenaraikan ke dalam Anugerah Dewan Kemahsyuran Besbol.