Orang Cina di Terengganu
登嘉楼华人 Cine Tranung | |
|---|---|
| Kawasan ramai penduduk | |
| Kuala Terengganu, Kemaman, Kuala Dungun, Wakaf Tapai, Chukai, Kuala Berang, Jerteh, Kuala Besut, Jabi, Kuala Paka | |
| Bahasa | |
| Bahasa Hokkien, Bahasa Puxian, Bahasa Mandarin, Bahasa Hainan (di daerah Kemaman), Bahasa Malaysia, Bahasa Terengganu, Bahasa Kelantan-Patani (di daerah Besut), Bahasa Inggeris | |
| Agama | |
| Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian, Islam, Ateisme dan Tiada Agama. | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Peranakan, Orang Cina Malaysia |
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui
Terengganu adalah negeri yang didominasi orang Melayu. Sehubungan itu, orang Cina di Terengganu adalah golongan minoriti dengan populasi pada tahun 2010 adalah seramai 26,429 orang, hanya 2.43 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri ini. Kebanyakan orang Cina di Terengganu menetap di Kuala Terengganu, iaitu di ibu negerinya dan Chukai di Kemaman iaitu bandar paling selatan di negeri Terengganu yang turut mempunyai komuniti Cina yang besar ekoran perkembangan proses perbandaran disitu yang disebabkan oleh penemuan hasil petroleum dan gas asli.