Cili padi

Cili padi
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Capsicum
Spesies:
C. frutescens
Nama binomial
Capsicum frutescens Linn

Cili padi (Jawi: چيلي ڤادي), cili api (Jawi: چيلي اڤي), cili rawit (Jawi: چيلي راويت), cabai rawit, lombok rawit, cabai burung, lada padi (Sab.), lada jarum, atau lada tunggeng merupakan sejenis varieti cili dibiakbakakan dari spesies Capsicum annuum yang tumbuh asli di Mexico. Jenis cili ini dikenali dengan buahnya yang kecil atau "padi" ataupun tumbuh dalam keadaan terbalik atau "tonggeng". Ia sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari.