Chef (filem)

Chef
PengarahJon Favreau
PenulisJon Favreau
Dihasilkan oleh
  • Jon Favreau
  • Sergei Bespalov
Dibintangi
SinematografiKramer Morgenthau
Disunting olehRobert Leighton
Syarikat
penerbitan
  • Fairview Entertainment
  • Aldamisa Entertainment
Diedarkan olehOpen Road Films
Tarikh tayangan
  • 7 Mac 2014 (2014-03-07) (SXSW)
  • 9 Mei 2014 (2014-05-09) (AS)
Masa tayangan
114 minit
NegaraAmerika Syarikat
Bajet$11 juta
Pecah panggung$46 juta

Chef ialah sebuah filem drama komedi Amerika Syarikat 2014 yang ditulis, diterbitkan bersama, dan diarahkan oleh Jon Favreau yang turut berlakon dalam filem ini bersama Sofía Vergara, John Leguizamo, Scarlett Johansson, Oliver Platt, Bobby Cannavale, Dustin Hoffman, dan Robert Downey Jr. Filem ini mengisahkan seorang tukang masak profesional yang berhenti kerja di sebuah restoran Los Angeles masyhur berikutan suatu pertengkaran; beliau kembali ke kampung halamannya Miami untuk membaiki trak makanan; dari situlah beliau cuba menjalinkan semula hubungan pertalian dengan bekas isterinya dan anak muda mereka untuk menyertainya ketika memandu trak itu kembali ke kota LA sambil menjual roti lapis Cubano sepanjang perjalanan mereka.

Filem ini mula-mula ditayangkan di acara South by Southwest pada 7 Mac 2014 sebelum ditayangkan se-Amerika Syarikat pada 9 Mei 2014 oleh Open Road Films. Ia meraih lebih $ 45 juta di box office dan diterima dengan baik oleh pengkritik, yang memuji arahan dan penulisan Favreau, serta cerita filem dan persembahan pelakonnya.