Trak makanan

Trak makanan atau kendera saji ialah kenderaan bermotor yang berkelengkapan untuk menyediakan, memasak dan / atau menjual makanan kepada orang ramai di persekitaran luar; makanan ini baik disediakan secara beku atau terbungkus; mahupun dimasak terlebih dahulu sebelum dihidangkan baik dalam kenderaan itu sendiri (yang mempunyai dapur) mahupun dalam bangunan komersial yang membekalkan makanan jajaan tersebut. Makanan yang dijual dari kenderaan-kenderaan ini seringkalinya daripada yang jenis segera mahupun mengkhusus kepada masakan budaya tertentu.