Jake Zyrus
Jake Zyrus | |
|---|---|
Jake Zyrus beraksi di Barrio Fiesta di London pada Jun 2016. | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Charmaine Clarice Relucio Pempengco |
| Juga dikenali sebagai |
|
| Kelahiran | 10 Mei 1992 Cabuyao, Laguna, Filipina |
| Warganegara | Filipina |
| Genre | |
| Pekerjaan |
|
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2005–kini |
| Diskografi | Lihat: Jake Zyrus discography (en) |
| Syarikat rakaman | 143/Reprise, Warner Bros. Records, Star Music |
| Kegiatan berkaitan | David Foster, Iyaz, Celine Dion, Aiza Seguerra |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | www |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Jake Zyrus (lahir Charmaine Clarice Relucio Pempengco; 10 Mei 1992) ialah seorang penyanyi dan personaliti televisyen Filipina. Sebelum menukar jantina kepada lelaki, beliau menggunakan nama pentas Charice.
Pada tahun 2007, selepas beberapa kemunculan di televisyen Filipina, Zyrus menyanyi di The Ellen DeGeneres Show, dan pada tahun berikutnya, beliau mebuat beberapa kemunculan televisyen antarabangsa termasuk The Oprah Winfrey Show. Beliau kemudian tampil di beberapa konsert bersama David Foster dan Andrea Bocelli, dan lain-lain. Zyrus mengeluarkan album Charice pada 2010; ia memasuki carta Billboard 200 di nombor lapan, menjadikannya album pertama oleh penyanyi solo Asia untuk mendaki 10 Teratas. Single "Pyramid" dari album tersebut, menampilkan penyanyi Iyaz, ia merupakan single Zyrus paling berjaya setakat ini, menaiki 40 Teratas di bebrapa negara selepas persembahan secara langsung pertamanya di The Oprah Winfrey Show.
Bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau menyertai barisan pelakon Glee pada 2010 sebagai Sunshine Corazon. Pada tahun 2011, "Before It Explodes", ditulis oleh Bruno Mars, dikeluarkan sebagai single utama untuk album studio antarabangsa kedua Zyrus, Infinity.
Zyrus ialah salah seorang daripada empat juri The X Factor versi Filipina, di ABS-CBN, pada 2012. Beliau muncul sebagai seorang lesbian pada 2013. Beliau melancarkan album berikutnya, Chapter 10 pada 2013 dan Catharsis pada 2016. Beliau menggunapakai nama terkininya pada 2017 dan tidak lagi menggunakan nama "Charice Pempengco", selepas membuat pembedahan dada dan mula menjalani rawatan testosteron.