Celine Dion
Celine Dion | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Céline Marie Claudette Dion |
| Juga dikenali sebagai | Céline, Claudette (mul) , Marie |
| Kelahiran | 30 Mac 1968 30 Mac 1968 Charlemagne, Quebec, Kanada |
| Warganegara | Kanada |
| Genre | Pop, rock |
| Pekerjaan | Penyanyi, penggubah, pelakon, pelakon suara, pemain piano, restaurateur (en) , pelakon filem dan artis rakaman |
| Alat muzik | Suara dan piano |
| Tahun aktif | 1980 |
| Diskografi | Lihat: Celine Dion discography (en) |
| Syarikat rakaman | Columbia Records Legacy Recordings (en) Sony Music Canada (mul) CBS Records International (mul) 550 Music (en) Epic Records (mul) Sony BMG (en) |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | René Angélil (en) |
| Anak | René-Charles Angelil (en) Nelson Angélil (en) Eddy Angélil (en) |
| Ibu | Thérèse Dion |
| Bapa | Adhémar Dion (en) |
| Adik-beradik | Claudette Dion (en) Bakhano Dion (en) Jacques Dion (en) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | celinedion.com |
| Pautan lain | |
| Tandatangan | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Céline Marie Claudette Dion (lahir 30 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi Kanada, berasal dari Quebec. Muzik beliau banyak dipengaruhi genre berbeza terutamanya dari rock dan R&B sehingga ke muzik gospel dan muzik klasik Eropah; lagu-lagu beliau sering dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris, namun beliau turut menyanyi dalam bahasa-bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Latin, Jepun dan Mandarin.
Beliau dilihat sebagai salah satu artis berpengaruh dalam genre muzik pop sepanjang zaman. Beliau telah memenangi lima buah Anugerah Grammy; majalah Billboard turut memberi pengiktirafan kepada beliau kerana kekerapam beliau dalam carta pertama format radio kontemporari dewasa (Adult Contemporary). Beliau merupakan artis nyanyian Kanada yang paling laris dengan jualan rakaman sebanyak 200 juta salinan dicatat seluruh dunia.