Chaiten (gunung berapi)

42°49′58″S 72°38′45″W / 42.83278°S 72.64583°W / -42.83278; -72.64583

Chaitén
Imej satelit pada 2003.
Kaldera ialah ciri berbentuk bulat di bahagian tengah imej. Bandar Chaitén pula di bahagian kanan.
Titik tertinggi
Ketinggian1,122 m (3,681 ka)
Geografi
LokasiChile
Induk banjaranAndes
Geologi
Jenis gunungKaldera
Letusan terakhir6 Mei 2008

Chaitén merupakan sebuah gunung berapi berkaldera berdiameter tiga kilometer (1.9 batu) di sebelah barat gunung berapi Michinmahuida yang membujur dan berais di puncaknya, 10 kilometer (6 batu) di timur-laut bandar yang sama namanya di Teluk Corcovado, di Chile selatan. Sebahagian kaldera ini dipenuhi dengan kubah lava obsidian riolit yang mencapai ketinggian 962 meter (3155 kaki) di atas aras laut, bahagian atas kubah lava ini tidak ditupi tumbuh-tumbuhan, manakala terdapat di bahagian lantai kaldera terdapat du atasik di sebelah barat dan utara kubah lava.

Obsidian kelabu lut cahaya yang meletus keluar dari gunung berapi ini telah digunakan oleh budaya pra-Columbus sebagai bahan mentah untuk artifak.

Gunung berapi ini kali terakhir meletup pada 6 Mei 2008. Mengikut Global Volcanism Program, pentarikhan radiokarbon aliran lava dari gunung berapi ini menunjukkan yang letusan sebelum ini terjadi pada 7420 SM, tambah atau tolak 75 tahun.