Obsidian
| Obsidian | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Kategori | Kaca gunung berapi |
| Pengecaman | |
| Warna | Hitam gelap atau hijau kehitaman |
| Fraktur | Konoid |
| Kekerasan skala Mohs | 5–6 |
| Kilau | Seperti kaca |
| Sifat-sifat optik | Lutcahaya |
| Graviti tentu | c. 2.4 |
| Ciri-ciri lain | Tekstur: Licin, berkaca |
Obsidianus (nama Latin: obsidianus sempena Obsidius yang menemukan batuan ini di Habsyah, bahasa Inggeris: obsidian) ialah suatu kaca gunung berapi alami yang wujud sebagai batu igneus terobosan. Batuan ini dibentuk hasil pembekuan bahan asalnya, lava kaya galian feldspar yang cepat menyejuk dengan sambil kurang menghablur. Setempatnya dalam Asia Tenggara, ia paling dekat ditemukan di pulau-pulau Sumatera (terutamanya sekitar Danau Kerinci), Jawa (di kaki Gunung Kendang), Tidore, Sulawesi dan Luzon.
Obsidianus adalah seperti suatu mineral, tetapi bukanlah mineral sebenar kerana tidak mempunyai bentuk hablur serta mempunyai komposisi yang terlalu pelbagai untuk dikelaskan sebagai sebuah mineral. Obsidianus kadangkala dirujuk sebagai sebuah mineraloid.
Pada zaman dahulu, obsidianus digunakan untuk menghasilkan alatan tajam seperti pemotong dan pernah digunakan sebagai bilah pisau pembedahan.