Cermin (album)
| Cermin | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 1996 | |||
| Dirakamkan pada | 1995-96 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Genre | Pop Pop Rock | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
| Syarikat | EMI | |||
| Penerbit | Adnan Abu Hassan Mohd Arzmy (eksekutif) | |||
| Kronologi Rahim Maarof | ||||
| ||||
| Single daripada Cermin | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Cermin adalah sebuah album pop nyanyian penyanyi tersohor Rahim Maarof yang diterbitkan oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan dan diedarkan pada 1996 oleh syarikat EMI. Ia merupakan album pop pertama Rahim sejak album keempat beliau pada 1983. Album ini terjual lebih 60,000 unit dan beberapa minggu bertahan di dalam Carta RIM. Perubahan muzik Rahim dari irama Rock sebelum ini kembali kepada Pop disifatkan satu perjudian yang merugikan apabila ia mendapat kritikan daripada peminat yang masih mahukan irama rock daripada beliau.
Album ini bukanlah sepenuhnya pop tetapi kebanyakkan runut yang diterbitkan oleh Adnan disifat berbaur pop yang kuat. Ini merupakan kerjasama kedua di antara Rahim dan Adnan sejak kejayaan lagu "Kasihku" pada tahun 1988. Begitupun elemen pop di dalam album ini sendiri disifatkan agak terkedepan berbanding pop komersial yang memenuhi pasaran pada era 90an. Eksperimentasi Adnan dan adiknya Azlan Abu Hassan di dalam album ini hanya boleh diterima sepenuhnya sekiranya berada di pasaran pada era 2000an