Cepheus (buruj)

Cepheus
Buruj
Nama LatinCepheus
SingkatanCep
GenitifCephei
Sebutan/sefeus/;
genitif /sefe.i/
SimbolismeRaja/Raja Cepheus
Pencerapan
(Epok J2000)
20j 01m 56.4481s–09j 03m 19.7931s
Keserongan88.6638870°–53.3532715°
KeluargaPerseus
Keluasan588 darjah persegi (ke-27)
Bintang
Bintang utama7
Bintang Bayer/Flamsteed
43
Bintang dengan planet
1
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
3
Bintang paling terang
α Cep (Alderamin) (2.45m)
Bintang terhampirKruger 60
(13.15 tc, 4.03 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −10°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November.
sunting

Cepheus (Cep) ialah sebuah buruj di langit utara. Buruj ini dinamai sempena Cepheus, Raja Habsyah dalam mitologi Yunani. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Bintang tercerahnya ialah Alpha Cephei dengan magnitud ketara sebanyak 3.5. Delta Cephei ialah prototaip bagi kelas bintang yang penting yang dikenali sebagai bintang Cepheid berubah. RW Cephei, sebuah raksasa jingga, bersama dengan raksasa-raksasa super merah Mu Cephei, VV Cephei, dan V354 Cephei merupakan antara bintang terbesar yang diketahui. Sebagai tambahan, Cepheus juga mempunyai kuasar hiperberkilau, S5 0014+81, memegang sebuah lohong hitam ultramasif dalam terasnya pada 40 bilion jisim suria, sekitar 10,000 kali lebih masif daripada lohong hitam pusat Bimasakti, menjadikannya sebagai lohong hitam paling masif yang diketahui di alam semesta.