Cathay Pacific
Syarikat Penerbangan Cathay Pacific
国泰航空
國泰航空 |
|
|
| Ditubuhkan | 24 September 1946 (1946-09-24) |
|---|
| Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (Hong Kong) |
|---|
| Hab kedua | Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai Shek (Taipei) |
|---|
| Bandar tumpuan | Lapangan Terbang Suvarnabhumi (Bangkok) |
|---|
| Program kesetiaan |
- Asia Miles
- The Marco Polo Club Melayu: Kelab Marco Polo
|
|---|
| Perikatan | Oneworld |
|---|
| Subsidiari |
- Air Hong Kong
- Cathay Dragon
- Hong Kong Express
|
|---|
| Pesawat | 161 146 152 (jumlah keseluruhan armada pesawat untuk masa kini) |
|---|
| Destinasi | 110 (jumlah keseluruhan destinasi) 87 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) |
|---|
| Syarikat induk | |
|---|
| Diniagakan sebagai | SEHK: 293 |
|---|
| Ibu pejabat | Cathay City, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Chek Lap Kok, Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, Republik Rakyat China |
|---|
| Orang penting |
|
|---|
| Pendapatan | ▲ HKD HK$ 111.060 Bilion (2018) ▲ HKD HK$ 97.284 bilion (2017) |
|---|
| Pendapatan operasi | ▲ HKD HK$ 3.595 bilion (2018) ▼ HKD HK$ -580 juta (2017) |
|---|
| Pendapatan bersih | ▼ −HK$888 juta (2017) |
|---|
| Keuntungan | ▲ HKD HK$ 2.345 bilion (2018) |
|---|
| Jumlah ekuiti | ▲ HKD HK$63.936 bilion (2018) |
|---|
| Pekerja | Lebih dari 34,200 (2019, termasuk anak syarikat) 22,700 (2017, Cathay Pacific), 32,700 (2017, termasuk subsidiari) |
|---|
| Laman web | www.cathaypacific.com/cx/zh_HK.html www.cathaypacific.com/cx/en_HK.html www.cathaypacific.com/cx/sc_CN.html www.cathaypacific.com/cx/en_CN.html |
|---|
Cathay Pacific Limited adalah syarikat penerbangan antarabangsa dan serantau untuk Hong Kong, Republik Rakyat China, dengan ibu pejabat dan hab utama terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Operasi syarikat penerbangan ini dan subsidiari membawa penumpang dan perkhidmatan kargo ke lebih daripada 190 destinasi di lebih daripada 60 buah negara termasuk perjanjian perkongsian dan joint ventures. Cathay Pacific beroperasi dengan pesawat berbadan lebar, terdiri daripada Airbus A330, Airbus A350 dan Boeing 777. Cathay Pacific Cargo beroperasi dengan dua model pesawat Boeing 747. Syarikat subsidiari milik penuh Cathay Dragon terbang ke 44 destinasi di rantau Asia-Pasifik dari Hong Kong. Pada 2010, Cathay Pacific dan Cathay Pacific Cargo, bersama dengan Dragonair (dijenama semula Cathay Dragon), membawa hampir 27 juta penumpang dan lebih 1.8 juta tan kargo dan pos.