Airbus A350

A350 XWB
A350-900 F-WXWB semasa penerbangan sulung
Peranan Pesawat penumpang jet
berbadan lebar
Pengeluar Airbus
Penerbangan pertama 14 June 2013
Pengenalan 15 January 2015 with Qatar Airways (-900), mid-2016 (-800) to mid-2017 (-1000)
Status Dalam perkhidmatan
Syarikat penerbangan utama Qatar Airways
Singapore Airlines
Vietnam Airlines
Turkish Airlines
Dikeluarkan 2010–kini
Jumlah dibina 250 as of 30 November 2017
Kos unit A350-800: US$269.5 juta
A350-900: US$304.4J
A350-1000: US$351.9J

Airbus A350 XWB ialah pesawat penumpang jet berbadan lebar berjulat jauh dikeluarkan oleh Airbus SAS.Pesawat ini memasuki perkhidmatan pada 15 Januari 2015 oleh Qatar Airways dengan membuat penerbangan dari Doha ke Frankfurt. Pesawat A350 ini akan menjadi Airbus pertama dengan kedua-dua fiuslaj dan struktur sayap sebahagian besarnya dibuat daripada plastik diperkuat gentian karbon. Fiuslaj dan sayap A350 adalah mirip dengan A380 walaupun kedua-dua siri ini mempunyai enjin yang berbeza. Fiuslaj A350 adalah berdasarkan Airbus A340 dan A330 yang dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar dan dek penerbangan dari Airbus A380.

Pengeluaran A350 adalah untuk bersaing dengan Boeing 777 dan 787 yang dikeluarkan oleh Boeing.

Pelanggan pelancaran A350 ialah Qatar Airways, yang memesan 80 pesawat daripada ketiga-tiga jenis.