Kambing Duyung (buruj)

Capricornus
Buruj
Nama LatinCapricornus
SingkatanCap
GenitifCapricorni
Sebutan/kaprikornus/, genitif /kaprikorni/
SimbolismeKambing Laut
Pencerapan
(Epok J2000)
20j 06m 46.4871s–21j 59m 04.8693s
Keserongan−8.4043999°–−27.6914144°
KeluargaZodiak
Keluasan414 darjah persegi (ke-40)
Bintang
Bintang utama9, 13, 23
Bintang Bayer/Flamsteed
49
Bintang dengan planet
5
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
3
Bintang paling terang
δ Cap (Deneb Algedi) (2.85m)
Bintang terhampirLP 816-60
(17.91 tc, 5.49 pc)
Objek
Objek Messier1
Pancuran meteor
Pancuran Kambing Duyung Alfa
Pancuran Kambing Duyung Khi
Pancuran Kambing Duyung Sigma
Pancuran Kambing Duyung Tau
Pancuran Kambing Duyung-Pemanah
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +60° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan September.
sunting

Kambing Duyung, Kambing Laut, Kambing, Jadi (Arab: الجدي al-Jady), Makara, Mangkara, atau Mengkara (Sanskrit: मकर makara), atau Kaprikorn, Kaprikornus atau Capricornus (Cap) ialah sebuah buruj dalam zodiak; buruj ini kerap dipanggil Kaprikorn, terutamanya apabila merujuk tanda astrologi yang sepadan. Lambangnya ialah (Unicode ♑).

Capricornus ialah salah sebuah daripada 88 buah buruj moden, dan juga merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy. Mengikut sempadan modennya, buruj ini disempadani oleh Aquila (Helang), Sagittarius (Pemanah), Miscroscopium (Mikroskop), Piscis Austrinus (Ikan Selatan), dan Aquarius (Timba). Buruj ini terletak di sebuah kawasan langit yang dipanggil Laut atau Perairan, terdiri daripada banyak buruj yang berkaitan dengan air seperti Aquarius, Pisces, dan Eridanus. Buruj ini merupakan buruj zodiak terkecil.