Canselor Jerman

Canselor Persekutuan
Republik Persekutuan Jerman
Bundeskanzler der Bundesrepublik Deutschland
Logo Canselor Jerman
Panji Canselor Jerman
Penyandang
Friedrich Merz
sejak 06 Mei 2025 (2025-05-06)
Cabang Eksekutif Kerajaan Persekutuan
Canseleri Persekutuan
JenisKetua kerajaan
GelaranTuan Canselor (tidak formal)
Tuan Yang Terutama (diplomatik)
Bidang kuasaJerman, Konfederasi Jerman Utara, Empayar Jerman, Republik Weimar dan Jerman Nazi
InstitusiKabinet Jerman
PusatCanseleri Persekutuan, Berlin (kerusi utama)
Palais Schaumburg, Bonn (kerusi kedua)
PenamaPresiden
Dilantik olehPresiden
apabila pilihan raya oleh Bundestag
Tempoh jawatanhingga pembentukan Bundestag yang baharu (boleh diperbaharui semula)
Surat cara pembentukanHukum Asas Republik Persekutuan Jerman (Perlembagaan Jerman)
Dibentuk1 Julai 1867 (1867-07-01)
Pemegang pertamaOtto von Bismarck
Timbalan/naibNaib Canselor
Gaji255,150 per tahun (setakat 2020)
SenaraiList of chancellors of Germany (en)
Tapak webbundeskanzler.de/bk-en
sunting · sunting di Wikidata

Canselor Jerman, secara rasmi dikenali sebagai Canselor Persekutuan Republik Persekutuan Jerman, ialah ketua persekutuan kerajaan Jerman. Canselor ialah ketua eksekutif Kabinet Persekutuan dan mengetuai cabang eksekutif. Canselor dipilih oleh Bundestag atas cadangan Presiden Persekutuan dan tanpa perbahasan (Perkara 63 Perlembagaan Jerman). Semasa darurat pertahanan diisytiharkan oleh Bundestag, Canselor juga mengambil alih jawatan Pemerintah Tertinggi Bundeswehr.

Sepuluh orang (sembilan lelaki dan seorang perempuan) telah berkhidmat sebagai Canselor Persekutuan Republik Jerman, yang pertama ialah Konrad Adenauer dari tahun 1949 hingga 1963. (Seramai 26 lelaki lain telah berkhidmat sebagai "Canselor Reich" dalam Empayar Jerman sebelum ini dari tahun 1871 hingga 1945.) Penyandang jawatan terkini ialah Friedrich Merz dari Kesatuan Demokratik Kristian, yang mengangkat sumpah pada 6 Mei 2025.