Bundeswehr

Angkatan Tentera Persekutuan Jerman
Bundeswehr

Diasaskan 12 November 1955 (1955-11-12)
Bentuk kini 3 Oktober 1990
Cabang khidmat Tentera Darat Jerman
Tentera Laut Jerman
Tentera Udara Jerman
Pasukan Bantuan Bersama
Perkhidmatan Perubatan Bersama
Pasukan Siber dan Ruang Informasi
Ibu pejabat Berlin, Bonn, dan Potsdam
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Ketika masa aman:
ialah Menteri Pertahanan
Selepas pengisytiharan darurat:
ialah Canselor Persekutuan
Menteri Pertahanan Boris Pistorius
Inspektor Jeneral Jeneral Carsten Breuer (Heer)
Usia masuk tentera 17
Pengerahan Ya
Kakitangan aktif 182,984 (31 Julai 2025) (Kedudukan Ke-27)
Kakitangan simpanan 51,000 (2025)
Kakitangan diatur 3,187 (14 Oktober 2019)
Perbelanjaan
Bajet €86,37 billion ($101.44 bilion) (2025)
termasuk aset khas
Peratusan KDNK 2.00% (2024)
Industri
Pembekal domestik Airbus
Rheinmetall
Howaldtswerke-Deutsche Werft
Krauss-Maffei Wegmann
Hensoldt
MBDA Deutschland GmbH
Heckler & Koch
Diehl Defence
Pembekal luar  Kesatuan Eropah
 Amerika Syarikat
Eksport tahunan €13,33 bilion (2024)
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Jerman
Pangkat Lencana pangkat Bundeswehr Jerman

Bundeswehr (Jerman bermaksud "Tentera Persekutuan"; listen) ialah nama gabungan bagi angkatan tentera Jerman dan pentadbiran awam serta pihak berkuasa perolehannya. Negeri-negeri di Jerman tidak dibenarkan mempunyai angkatan tentera sendiri, semenjak Perlembagaan Jerman menyatakan bahawa hal ehwal pertahanan berada didalam tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Bundeswehr telah dibahagikan kepada satu bahagian tentera (angkatan tentera atau Streitkräfte) dan satu bahagian awam berserta pentadbiran angkatan tentera (Wehrverwaltung). Bahagian tentera angkatan pertahanan persekutuan meliputi Heer (Tentera darat), Marine (Tentera laut), Luftwaffe (Tentera udara), cabang-cabang Streitkräftebasis (Pasukan Bantuan Bersama), dan Zentraler Sanitätsdienst (Perkhidmatan Perubatan Bersama).

Sehingga 31 Julai 2025, Bundeswehr mempunyai kekuatan sekitar 183,000 orang, menjadikannya salah satu daripada 30 angkatan bersenjata terbesar di dunia dan, dari segi keahlian, yang kedua terbesar di Kesatuan Eropah di belakang Perancis. Selain itu, Bundeswehr mempunyai kira-kira 51,000 orang simpanan (2025). Pada 2025, belanjawan pertahanan Jerman ialah €86.37 bilion ($101.44 bilion). Jumlah perbelanjaan ketenteraan yang dilaporkan kepada NATO ialah $93.75 bilion (2024). Ini menjadikan Bundeswehr sebagai salah satu daripada sepuluh angkatan bersenjata yang dibiayai terbaik di dunia. Perbelanjaan ketenteraan, diukur sebagai bahagian KDNK Jerman, berjumlah 2.00% (2024).