Calvin Harris
Calvin Harris | |
|---|---|
Calvin Harris ketika berada di "Rock in Rio" di Madrid pada 5 Julai 2012 | |
| Kelahiran | Adam Richard Wiles 17 Januari 1984 Dumfries, Scotland |
| Pekerjaan | Penyanyi, Penulis lagu, Produser, DJ |
| Laman web rasmi | www |
Adam Richard Wiles (lahir 17 Januari 1984) atau nama pentasnya Calvin Harris ialah seorang DJ, penggubah dan penerbit muzik serta penyanyi kelahiran Scotland. Album debutnya, I Created Disco, dikeluarkan pada 2007 menampilkan lagu-lagu menaiki carta lagu seperti "Acceptable in the 80s" dan "The Girls". Album Studio keduanya, Ready for the Weekend (2009), menduduki tempat pertama dalam carta UK Album Chart dan memuatkan lagu papan atas carta, "I'm Not Alone", hit dari UK top-five hit "Ready for the Weekend", dan single "Flashback" serta "You Used to Hold Me".
Album remix berjudul L.E.D. Festival dikeluarkan pada Julai 2010 sebagai Album Percuma dalam satu edaran majalah Mixmag. Calvin Harris mengeluarkan Album Studio ketiganya, 18 Months pada Oktober 2012, yang mengandungi Single seperti "Bounce", "Feel So Close", "Let's Go", "We'll Be Coming Back", "Sweet Nothing" dan "Drinking from the Bottle". Beliau pernah menulis lagu dan menjadi Produser untuk beberapa penyanyi lain seperti Kylie Minogue, Sophie Ellis-Bextor, Dizzee Rascal, Cheryl Cole, Example, Rihanna (dalam lagu Hit antarabangsa "We Found Love") dan Kesha. Beliau pernah membuat persembahan di Malaysia pada 2011.