Sophie Ellis-Bextor

Sophie Ellis-Bextor
Ellis-Bextor di Anugerah Televisyen Akademi British 2015
Kelahiran
Sophie Michelle Ellis-Bextor

(1979-04-10) 10 April 1979
London, England
WarganegaraBritish
Nama lain
  • The Dance Queen
  • Mademoiselle EB
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • model
Tahun aktif1997–kini
PasanganRichard Jones (k. 2005)
Anak-anak5
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
  • Vokal
  • gitar
  • piano
DiskografiLihat: Sophie Ellis-Bextor discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
  • Theaudience
  • Manic Street Preachers
  • Spiller
  • Freemasons
  • The Feeling
  • Bob Sinclar
  • Gregg Alexander
  • Mathieu Bouthier
  • Roger Sanchez
  • Brian Cross
  • Departure Lounge
  • Armin van Buuren
  • Junior Caldera
Laman web rasmisophieellisbextor.net
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Sophie Michelle Ellis-Bextor (lahir 10 April 1979) ialah penyanyi, penulis lagu dan model Inggeris. Beliau mula terkenal pada akhir 1990-an, sebagai penyanyi utama kumpulan rock indie Theaudience. Selepas kumpulan itu dibubarkan, Ellis-Bextor memulakan kerjaya muzik secara solo, mencapai kejayaan yang meluas pada awal tahun 2000an. Muziknya ialah campuran pop arus perdana, disko, nu-disco, dan pengaruh elektronik 1980-an.

Album solo pertamanya, Read My Lips, dikeluarkan pada September 2001. Album ini mencapai nombor dua di Carta Album UK and menerima pensijilan platinum berganda oleh British Phonographic Industry (BPI). Ia menjadi kejayaan komersial antarabangsa, terjual sebanyak 2 juta unit serata dunia. Ia menghasilkan empat single, tiga daripadanya mencapai kedudukan teratas di UK. Pada tahun 2003, Read My Lips memenangi Anugerah Edison untuk "Best Dance Album". Album kedua Ellis-Bextor, Shoot from the Hip, dikeluarkan pada Oktober 2003. Album ini mencapai nombor 19 di UK dan dua single telah dikeluarkan. Trip the Light Fantastic, album ketiganya, dikeluarkan pada Mei 2007 dan mencapai nombor 7 di UK. Tiga lagu dalam album ini dikeluarkan sebagai single, salah satunya mencapai 10 teratas di UK.