CLC (kumpulan muzik)

CLC
CLC di acara peminat di Seoul, pada bulan Februari 2019
Dari kiri ke kanan: Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn, Eunbin, Elkie dan Yeeun
Maklumat latar belakang
AsalSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015 (2015)–2022 (2022)
DiskografiLihat: CLC discography (en)
Syarikat rakaman
AnggotaSorn (penyanyi) (–2021)
Elkie Chong (–2021)
Choi Yu-jin
Kwon Eun-bin
Seungyeon
Jang Ye-eun
Oh Seung-hee
Bekas anggota
Pautan berkaitan
Tapak sesawangcubeent.co.kr/clc
Tanda pagarclc
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

CLC (Hangul: 씨엘씨, singkatan untuk Crystal Clear) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan dibentuk oleh Cube Entertainment pada tahun 2015. Kumpulan ini terdiri daripada tujuh orang ahli: Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn, Yeeun, Elkie dan Eunbin. Elkie meninggalkan kumpulan ini pada bulan Februari 2021 dan Sorn meninggalkan kumpulan ini pada bulan November 2021

Kumpulan ini debut menerusi album mini pertama mereka First dengan single utama "Pepe", dikeluarkan pada 19 Mac 2015 dengan lima orang ahli orang kumpulan: Seunghee, Yujin, Seungyeon, Sorn dan Yeeun. Selebihnya dua orang ahli, Elkie dan Eunbin, ditambahkan ke kumpulan semasa album mini ketiga mereka Refresh pada 29 Februari 2016, walaupun Eunbin tidak ikut serta promosi sehingga perilisan album mini keempat mereka Nu.clear pada bulan Mei 2016.

Kumpulan ini dibubarkan pada 20 Mei 2022, selepas Cube Entertainment mengumumkan pada hari yang sama bahawa "aktiviti rasmi" mereka telah berakhir dengan perkhidmatan tapak peminat global CLC U Cube mereka dihentikan pada 6 Jun.