Cube Entertainment
| Nama asli | 큐브엔터테인먼트 |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Awam |
| Didagangkan sebagai | KRX: 182360 |
| Industri | Hiburan |
| Genre | |
| Ditubuhkan | 29 Ogos 2006 (sebagai Playcube, Inc.) |
| Pengasas |
|
| Ibu pejabat | Seongdong-gu, Seoul, Korea Selatan |
| Tokoh penting | |
| Keluaran | Video |
| Hasil |
|
| Pendapatan bersih |
|
| Pemilik |
|
| Bilangan kakitangan | 79 (2018.9) |
| Anak syarikat |
|
| Tapak web |
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Cube Entertainment Inc. (Korea: 큐브엔터테인먼트; RR: Kyubeu Enteoteinmeonteu) ialah sebuah syarikat hiburan di Korea Selatan yang diasaskan pada tahun 2006 oleh bekas presiden JYP Entertainment, Hong Seung-sung dan Shin Jung-hwa. Syarikat ini beroperasi sebagai label rekod, agensi bakat, syarikat pengeluaran muzik, pengurusan acara dan syarikat produksi konsert dan rumah penerbitan muzik. Cube terkenal kerana mempunyai idola "mengarang dan menghasilkan sendiri". Pada bulan April 2020, pengasas Cube, Hong Seung-sung, mengundurkan diri dari syarikat tersebut kerana pertikaian hak milik.
Label ini kini menguruskan beberapa artis, iaitu Jo Kwon, Pentagon, Choi Yu-jin, Yoo Seon-ho, (G)I-dle dan Lightsum. Ia juga menguruskan beberapa penghibur dan pelakon, termasuk Lee Hwi-jae, Heo Kyung-hwan dan Park Mi-sun, Na In-woo, Kim Jin-woo dan Park Sun-young.
Dahulunya merupakan rumah bagi artis K-pop seperti 4Minute, Beast, G.NA, Roh Ji-hoon, Hyuna, Rain, E'Dawn, A Train To Autumn, Lai Kuan-lin, Jang Hyun-seung, Elkie, Sorn, Soojin, Yeeun, CLC dan BtoB.