CEO (filem)

CEO
Poster keluaran tayangan
PengarahRazaisyam Rashid
PenulisNazri M. Annuar
Dihasilkan olehAbdul Razak Abdullah
Dibintangi
SinematografiPete Abdullah
Disunting olehRazaisyam Rashid
Muzik olehTaja & Reza Ramsey
Syarikat
penerbitan
Arafilm Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
12 Jun 2014 (2014-06-12)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1,600,000
Pecah panggungRM 289,587

CEO merupakan sebuah filem komedi bebas Malaysia 2014 arahan Razaisyam Rashid, dibintangi oleh Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Cristina Suzanne sebagai pelakon utama dengan Dato' Jalaluddin Hassan, Deanna Yusof dan Taqim Zaki sebagai pelakon pembantu. Filem ini mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan 'dunia'; Adam (Remy Ishak) ialah seorang CEO sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group) dan Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar piza lepasan UiTM. Gara-gara berlakunya satu insiden, kehidupan mereka berdua bertukar antara satu sama lain. Filem ini telah ditayangkan kepada pada umum 12 Jun 2014.