Deanna Yusoff
Deanna Yusoff | |
|---|---|
| Kelahiran | 3 Januari 1967 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyanyi, model, penulis lirik, ahli perniagaan |
| Tahun aktif | 1990–kini |
Deanna Yusoff (lahir 3 Januari 1967) merupakan seorang pelakon wanita berdarah kacukan Melayu-Switzerland dari Malaysia. Deanna memulakan kerjaya hiburan profesionalnya pada 1990, dimana beliau menjadi perhatian media atas watak lakonannya sebagai Mastura dalam filem Selubung yang melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10.
Deanna juga terkenal dengan dua watak lakonannya, Yasmin dan Zulaikha dalam drama Idaman (1998-2001). Beliau juga terkenal dengan perwatakkannya di sitkom popular Spanar Jaya dengan melakonkan watak Claudia. Selain itu, Deanna juga berbakat dalam bidang muzik dan telah menerbitkan dua album studio. Beliau mempunyai syarikat perniagaan sendiri, Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.