Buzen Hashim
Buzen Hashim | |
|---|---|
| Kelahiran | Syaifuddin bin Mohamed Hashim 3 Julai 1981 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1986–kini |
| Anak-anak | 2 |
| Ibu | Hazimah Haroon |
| Bapa | Hashim Abdul Rahman (meninggal dunia 10 Mei 2023) |
Syaifuddin Mohamed Hashim (lahir 3 Julai 1981) dikenali sebagai Buzen Hashim merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur telah menempa sejarah sebagai calon termuda bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11. Bakat beliau menyinar menerusi drama Sembilu (2003) arahan Dato' Yusof Haslam dan sebagai Abang Mat menerusi drama Geng Bas Sekolah (2013). Beliau ialah anak kepada pelakon veteran, Hashim Abdul Rahman.