Geng Bas Sekolah
| Geng Bas Sekolah | |
|---|---|
| Format | Drama |
| Ditulis oleh | Noor Khairil Huda |
| Pengarah | Ng Ken Kin |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | Geng Bas Sekolah lagu tema |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 5 |
| Bilangan episod | 104 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Ng Ken Kin |
| Tempoh siaran | 30 minit |
Syarikat penerbitan | Double Vision |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ceria NJOI TV Astro Prima |
| Format gambar | 4:3 SDTV |
| Siaran asal | 2007 – 2 Jun 2013 |
Geng Bas Sekolah (dikenali dalam rancangan sebagai GBS) merupakan sebuah drama kanak-kanak bersiri Malaysia yang pernah disiarkan di Astro Ceria. Rancangan ini mengajar kanak-kanak untuk bekerjasama dalam kumpulan dan kepentingan menghormati dan mendengar pendapat orang lain. Geng Bas Sekolah diarahkan oleh Ng Ken Kin dan ditulis oleh Noor Khairil Huda. Pada tahun 2023, rancangan bersiri ini telah diklasifikasikan sebagai sebuah rancangan Nostalgia di Malaysia kerana ia dikenali ramai oleh golongan-golongan dewasa yang lahir pada tahun 80'an ke 90'an.