Burung katib

Burung katib
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Genus:
Sagittarius
Spesies:
serpentarius
Nama binomial
Sagittarius serpentarius
(J. F. Miller, 1779)
Taburan asal dalam benua Afrika
Sinonim
List
  • Falco serpentarius
    J. F. Miller
  • Otis serpentarius
    Scopoli, 1786
  • Vultur serpentarius
    Latham, 1790
  • Vultur secretarius
    Shaw, 1796
  • Secretarius reptilivorus
    Daudin, 1806
  • Serpentarius africanus
    Shaw, 1809
  • Gypogeranus serpentarius
    Illiger, 1811
  • Ophiotheres cristatus
    Vieillot, 1819
  • Gypogeranus reptilivorus
    Ranzani, 1823
  • Gypogeranus africanus
    Stephens, 1826
  • Serpentarius cristatus
    R. Lesson, 1831
  • Gypogeranus capensis
    Ogilby, 1835
  • Gypogeranus philippensis
    Ogilby, 1835
  • Gypogeranus gambiensis
    Ogilby, 1835
  • Serpentarius reptilivorus
    Gray, 1840
  • Serpentarius secretarius
    Gray, 1848
  • Sagittarius secretarius
    Strickland, 1855
  • Serpentarius orientalis
    J. Verreaux, 1856
  • Astur secretarius
    Schlegel, 1862

Burung katib (Arab: كاتِب, rumi: kātib, lit.'penulis, setiausaha', bahasa Inggeris: secretary bird, "burung setiausaha/sekretaris"; nama saintifik: Sagittarius serpentarius) ialah spesies burung pemangsa daratan besar yang biasanya terdapat di padang rumput terbuka dan savana kawasan pinggir Sahara benua Afrika. Spesies ini tergolong dalam keluarga Sagittariidae tersendiri dalam ordo Accipitriformes yang juga termasuk banyak burung pemangsa diurnal lain seperti burung helang dan burung nasar.

Burung ini dikenali dari penampilannya berhias bulu hitam di kepala serta cara pemangsaannya yang mencengkam dan memijak hentak mangsa diburu sehingga mati.

Spesies ini telah dikelaskan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi kerana jumlah populasi setempat yang ditinjauan mengalami penurunan mendadak barangkali akibat kemusnahan habitat; taburan sebanyak antara 6,700 hingga 67,000 ekor burung ini dianggarkan masih dapat ditemukan pada tahun 2016.