Phoenicopteridae
| Burung flamingo | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | Phoenicopteriformes
|
| Keluarga: | |
| Genus | |
| |
| Taburan sejagat flamingo | |
Keluarga Phoenicopteridae mencakupi spesies-spesies burung randai tropika yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Keluarga burung tersebut satu-satunya yang wujud dalam order Phoenicopteriformes. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Ada 4 spesies burung dalam keluarga ini yang ditemui tersebar di benua Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, dan dua spesies tersebar di Afrika, Asia, dan Eropah.
Spesies flamingo yang terbanyak adalah flamingo besar dan flamingo Amerika atau flamingo Caribbean. Flamingo besar lebih pudar warnanya dan tinggal di Eurasia, daripada kawasan timur Mediterranean ke India; dan di beberapa bahagian di Afrika. Flamingo Amerika atau flamingo Caribbean berwarna merah terang dan membiak di kawasan Caribbean, dari Yucatan dan Hindia Barat ke pesisiran pantai timur laut Amerika Selatan. Spesies ini membiak dengan baik dalam kawasan yang terkurung. Kedua-dua spesies jantan burung ini boleh mencapai tinggi 155 sm.