Burung randai

Burung randai
Julat zaman: Oligocene Akhir hingga sekarang
Semipalmated sandpiper (Calidris pusilla)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder
  • Charadrii
  • Chionidi
  • Scolopaci
  • Thinocori
Burung wader di pantai semasa air pasang
Wader berterbangan
Wader mencari makan di pantai

Burung randai atau burung randuk adalah sejenis burung yang biasanya ditemui di sepanjang habitat garis pantai dan tanah berlumpur termasuk tanah lembap untuk mencari makanan seperti serangga atau krustasea di dalam lumpur atau pasir. Burung-burung ini tergolong dalam keluarga Charadriiformes termasuk burung camar, auk dan burung-burung serupanya.

Terdapat kira-kira 210 spesies burung randai yang banyaknya hidup di kawasan berair atau pantai. Kebanyakan spesies yang mendiami kawasan Artik dan cuaca bermusim selalu bermigrasi, berlainan dengan spesies di kawasan tropika yang tetap tinggal dan membiak di kawasan yang sama, atau hanya berpindah mengikut keadaan hujan. Beberapa spesies Artik seperti stint kerdil merupakan migran jarak jauh, di mana ia menghabiskan waktu musim bukan-pembiakan di hemisfera selatan.

Banyak spesies yang ditemui di habitat pantai, terutamanya tetapi tidak ekslusif pada calidrid, sering kali dinamakan sebagai "sandpiper", tetapi istilah ini tidak mempunyai maksud yang ketat di mana upland sandpiper merupakan spesis tanah berumput.