Enggang badak
| Enggang Badak اڠݢڠ بادق | |
|---|---|
| Sepasang enggang badak di Zoo Singapura | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Bucerotiformes |
| Keluarga: | Bucerotidae |
| Genus: | Buceros |
| Spesies: | B. rhinoceros
|
| Nama binomial | |
| Buceros rhinoceros Linnaeus, 1758
| |
Enggang badak (Jawi: اڠݢڠ بادق, bahasa Inggeris: Rhinoceros Hornbill) ialah salah satu daripada burung-burung enggang terbesar di dunia, yang mana burung dewasa boleh mencecah panjang 110-127 cm (43-50 inci) dan berat 2-3 kg (4.4-6.6 paun). Ia hanya terdapat di dalam hutan hujan tropika dari dataran rendah sehingga ke kawasan pergunungan tidak melebihi 1300 m dari paras laut.
Nama saintifiknya ialah Buceros rhinoceros. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. Ia juga pernah direkodkan oleh Alfred Russel Wallace di Sarawak pada tahun 1855, semasa lawatan beliau ke pulau Borneo.. Di Sarawak, spesies ini dikenali sebagai Kenyalang. Ia merupakan burung rasmi negeri Sarawak. Dalam kepercayaan adat sesetengah penduduk Dayak termasuk orang Iban, burung Enggang Badak atau Kenyalang mewakili dewa perang mereka iaitu Sengalang Burong yang merupakan jelmaan Helang Merah.