Heckler & Koch
Головной офис в Оберндорф-на-Неккаре | |
| Dinamakan sempena | Edmund Heckler, Theodor Koch |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Syarikat Persenjataan |
| ISIN | DE000A11Q133 |
| Industri | Industri Persenjataan, Pertahanan |
| Ditubuhkan | 1949 |
| Pengasas | Alex Seidel Edmund Heckler Theodor Koch |
| Ibu pejabat | Oberndorf am Neckar, Jerman |
| Tokoh penting | Edmund Heckler, Theodor Koch, Alex Seidell |
| Keluaran | Senjata Api |
| Hasil | 220,950,000 (2018) |
| Bilangan kakitangan | 700 (Disember 2002) |
| Tapak web | www.heckler-koch.de |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Heckler & Koch atau ringkasnya HK adalah sebuah syarikat persenjataan yang tidak asing lagi daripada negara Jerman. Syarikat ini diasaskan daripada nama 2 daripada 3 orang sahabat iaitu Theodor Koch dan Edmund Hecklers manakala seorang lagi dikenali dengan nama Alex Seidel. Ketiga-tiga orang pengasas ini dahulunya merupakan jurutera di syarikat persenjataan ketika itu dikenali sebagai Mauser AG (AG – Aktiengesellschaft German). Theodor Koch dilahirkan pada 13 Mei 1905 di Stuttgart-Zuffenhausen dan meninggal dunia pada tahun 1976. Edmund Heckler 2 Februari 1906 hingga 1960 dan Alex Seidel atau nama sebenarnya Alexius Wilhelm Seidel dilahirkan pada 4 Julai 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1989.
Ketiga-tiga jurutera tersebut telah menubuhkan syarikat kejuruteraan senjata untuk pengeluaran senjata anti-pertempuran udara yang bertempat di sebuah gudang milik jabatan bomba di daerah Oberndorf, Jerman Barat dan dikenali dengan nama Heckler & Koch GmbH dengan jumlah pekerja seramai 140 orang.