Bully Amerika

Bully Amerika
Bully Amerika
Nama lainAmerican bully
Nama ringkasAm. bully
Bully
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 44–132 paun (20–60 kg)
Tinggi 13–20 inci (33–50 cm)
Bulu Pendek, licin, dan licau
Warna Semua warna
Saiz perinduk 4–8 ekor
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bully Amerika atau American bully ialah satu baka anjing moden yang dikembangkan sebagai anjing pendamping dan pada asalnya dipiawaikan dan diiktiraf sebagai baka pada tahun 2004 oleh American Bully Kennel Club (ABKC). Piawaian baka terbitan mereka memerihalkan anjing ini sebagai anjing yang memberikan "kesan kekuatan hebat untuk saiznya".

Kebanyakan kelab kenel antarabangsa utama tidak mengiktiraf bully Amerika sebagai baka terpisah, termasuk The Kennel Club United Kingdom, American Kennel Club, dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa (persekutuan antarabangsa kelab kenel dan pejabat pendaftaran baka tulen kebangsaan). Pada 15 Julai 2013, baka ini diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Perangai pada anjing dewasa sangat bergantung pada pelatihan dan baka ini dapat menjadi sangat kuat menuntut dan perlu dilatih dengan betul. Oleh sebab saiz, kekuatan, agresi, dan kekerapan penglibatannya dalam serangan maut ke atas manusia, kawalan perundangan ke atas pemilikan baka ini wujud di beberapa buah negara.

Bully Amerika XL bertanggungjawab atas separuh daripada kesemua kematian yang disebabkan oleh anjing di United Kingdom pada antara tahun 2021 dengan tahun 2023, yang membawa kepada larangan ke atasnya di bawah Akta Anjing Berbahaya.