Budak Kelantan

Budak Kelantan
PengarahWan Azli Wan Jusoh
PenulisWan Azli Wan Jusoh
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
DibintangiDanny X-Factor
Bienda
Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman
Syarikat
penerbitan
Alternate Studio
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Masa tayangan
  • 30 Oktober 2008 (2008-10-30) (Malaysia)
Negara Malaysia
BahasaMelayu (loghat Kelantan)

Budak Kelantan ialah sebuah filem drama Malaysia 2008 yang bertemakan kisah kehidupan dua orang sahabat lama kelahiran Kelantan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur yang jauh berbeza gaya hidupnya berbanding di kampung halamannya, diselitkan unsur-unsur rohaniah di sebalik kehidupan "gedebe" dan realisme yang seolah-olah melampau di ibu kota. Filem terbitan Alternate Studio ini dibintangi Danny X-Factor, Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman dan Bienda di bawah arahan sutradara kali pertama, Wan Azli Wan Jusoh. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Tonton CINEMA pada bulan 13 March 2021.