Hemoroid

Hemoroid
Nama lain
Buasir, bawasir, wasir
Rajah yang menunjukkan anatomi buasir dalaman dan luaran
PengkhususanPembedahan am
GejalaDalaman: Tidak menyakitkan, pendarahan rektum merah terang
Luaran: Sakit dan bengkak di sekeliling dubur
Permulaan biasa
45–65 tahun
TempohBeberapa hari
PuncaTidak diketahui
Sembelit, cirit-birit, duduk di tandas untuk tempoh yang lama, kehamilan
Pemeriksaan, tolak punca yang serius
RawatanPeningkatan serat, cecair minuman, NSAID, rehat, pembedahan
Kekerapan50–66% pada suatu masa
sunting

Hemoroid (Ubt.), juga dikenali umumnya sebagai buasir atau bawasir (k. lama, juga Ind.; Jawi: بواسير), adalah penyakit kebengkakan yang berlaku pada urat darah dalam struktur vaskular dalam saluran dubur. Dalam keadaan biasa, saluran ini membantu melapik dan mengawal pergerakan najis melaluinya. Ia menjadi penyakit apabila bengkak atau meradang; istilah "buasir" yang tidak memenuhi syarat sering digunakan untuk merujuk kepada penyakit ini. Tanda dan gejala buasir bergantung pada jenis-jenisnya. Buasir dalaman selalunya mengakibatkan pendarahan rektum merah terang yang tidak menyakitkan apabila membuang air besar. Buasir luar selalunya mengakibatkan rasa sakit dan bengkak di kawasan dubur. Sekiranya pendarahan berlaku, warnanya secara kebiasaaan akan lebih gelap. Gejala kerap bertambah lebih baik selepas beberapa hari. Tanda kulit mungkin kekal selepas penyembuhan buasir luar.

Walaupun punca sebenar buasir masih tidak diketahui, beberapa faktor yang meningkatkan tekanan dalam perut dipercayai terlibat. Ini mungkin termasuk sembelit, cirit-birit dan duduk di tandas dalam tempoh yang lama. Buasir juga lebih kerap berlaku semasa mengandung. Diagnosis dibuat dengan melihat kawasan tersebut. Ramai orang tersilap merujuk kepada sebarang gejala yang berlaku di sekitar kawasan dubur sebagai "buasir", dan punca serius simptom itu tidak boleh diketepikan. Kolonoskopi atau sigmoidoskopi adalah munasabah untuk mengesahkan diagnosis dan menolak punca yang lebih serius.

Selalunya, tiada rawatan khusus diperlukan. Langkah awal terdiri daripada meningkatkan pengambilan serat, meminum cecair untuk mengekalkan penghidratan, NSAID untuk membantu meredakan kesakitan, dan berehat. Krim ubat boleh digunakan pada kawasan terjejas, tetapi keberkesanannya kurang disokong oleh bukti-bukti sedia ada. Beberapa prosedur kecil boleh dilakukan jika gejala teruk atau tidak bertambah baik dengan pengurusan konservatif. Pembedahan dikhaskan untuk mereka yang gagal bertambah baik setelah langkah-langkah lain tidak dapat dilakukan.

Kira-kira 50% hingga 66% orang mempunyai masalah buasir pada satu ketika dalam hidup mereka. Lelaki dan perempuan kedua-duanya terjejas dengan kekerapan yang lebih kurang sama. Buasir paling kerap menyerang orang antara 45 dan 65 tahun, dan mereka lebih biasa di kalangan orang kaya. Hasil biasanya baik. Penyebutan pertama penyakit ini adalah dari papirus Mesir 1700 SM.