Tandas
Tandas (Jawi: تندس atau تاندس pinjaman Malayalam തണ്ടാസ് taṇṭāsŭ) ialah perkakasan khusus disalurkan kepada sistem paip yang mengalirkan kumbahan rumah keluar bertujuan utamanya untuk menyingkir bahan buangan manusia yakni kencing dan bahan najis. Selain itu, muntah dan buangan haid juga kadang kala dibuang dalam tandas bagi sesetengah kebudayaan. Perkataan tandas menggambarkan mangkuk tersebut dan, terutamanya dalam Inggeris British, bilik yang memiliki mangkuk tandas. Dalam Inggeris Amerika, ini biasanya dikenali sebagai bilik rehat atau bilik air. Perkataan yang kemudiannya seringkali menggambarkan bilik yang turut mengandungi tub mandi. Bilik dengan hanya tandas dan singki kadang kala dikenali sebagai separa-bilik air, separa mandi, atau bilik solek (powder room).